Monday, March 1, 2010

Harapan buat anak sulungku

Anakku sulung yang kami panggil Naim akan menduduki UPSR pada hujung tahun ni,aku sebagai ibu berdebar-debar pula,cukup sudahkah persedian anakku.Anakku ni bersekolah cina dan dia kena dapat 7A.Apa yang patut aku lakukan untuk membantu dia?kami hantar dia tuisyen bahasa Inggeris dengan cikgu Agnes,nampak bahasa Inggeris nacam o.klah,menurut kata gurunya.fikir pula matematik dan science,kena cari cikgu tuisyen yang mestinya guru cina coz naim lebih faham soalan dalam bahasa cina berbanding inggeris.Wow pening juga jadi ibubapa ni.kita mau hanya yang terbaik untuk anak-anak.sekali-sekala naim ni cakap cina ,rasa bangga pula,aik pandai pula anakku ni cakap cina,walau aku tak faham satupun cakap cina kecuali wo ai ni.Bagi aku kalau anak sulung dah mencapai kejayaan insyaallah adik-adiknya yang lain mesti rajin juga sebab nak saing dengan abangnya.Serupalah juga dengan satu family,bila ada seorang yang dah masuk u,pasti ada yang menyusul nak masuk u.macam kami adik-beradik,aku dah lepas u,tengah ambil master,seorang habis hujung tahun ni,dan 2 orang lagi tengah nak menghabiskan study.kalau tak caya cubalah buat kajian,ini dikatakan dalam teori psikologi.Harapanku sangat besar pada naim,semoga dia beroleh kejayaan.

separuh jiwaku pergi

Separuh jiwaku pergi,itulah aku rasakan sekarang,kematian adik syafiah humaira kerana didera dengan kejam oleh teman lelaki ibunya menjadikan malamku terganggu,tidurku tak lena,wajah mulus adik syafiah terbayang-bayang,kesakitan yang dirasainya,penderitaan yang disembunyikannya,argh...tak mampu dibayangkan.aku juga punya anak seumur dengan adik syafiah,aisyah namanya,anakku sangat petah berkata-kata,suka mengusik,suka berebut barang dengan adik-beradiknya,tidak suka mengalah dan kadang-kala degil,mungkin itulah perkembangan dan sikap yang ada pada usia kanak-kanak berumur 3 tahun,walau apapun yang adik syafiah lakukan,itu hanyalah kerana dia masih kanak-kanak kecil yang baru belajar menyesuaikan diri dengan persekitarannya.dan dia tidak patut menerima penderaan dalam bentuk apapun.damailah kau syafiah di sana,lari dari kekejaman manusia yang lebih rendah martabatnya dari binatang.aku sangat benci penderaan kanak-kanak,aku tidak tahu mengapa manusia yang diberikan Allah akal fikiran sanggup melakukannya.semoga orang yang melakukan penderaan menerima balasan yang sama dirasakan oleh Syafiah.

Thursday, February 25, 2010

Aiman dan Nabil



Aiman dan nabil

Aiman dan keluarga




kediaman: Taman Putera Perdana Kota Kinabalu