Monday, March 1, 2010

separuh jiwaku pergi

Separuh jiwaku pergi,itulah aku rasakan sekarang,kematian adik syafiah humaira kerana didera dengan kejam oleh teman lelaki ibunya menjadikan malamku terganggu,tidurku tak lena,wajah mulus adik syafiah terbayang-bayang,kesakitan yang dirasainya,penderitaan yang disembunyikannya,argh...tak mampu dibayangkan.aku juga punya anak seumur dengan adik syafiah,aisyah namanya,anakku sangat petah berkata-kata,suka mengusik,suka berebut barang dengan adik-beradiknya,tidak suka mengalah dan kadang-kala degil,mungkin itulah perkembangan dan sikap yang ada pada usia kanak-kanak berumur 3 tahun,walau apapun yang adik syafiah lakukan,itu hanyalah kerana dia masih kanak-kanak kecil yang baru belajar menyesuaikan diri dengan persekitarannya.dan dia tidak patut menerima penderaan dalam bentuk apapun.damailah kau syafiah di sana,lari dari kekejaman manusia yang lebih rendah martabatnya dari binatang.aku sangat benci penderaan kanak-kanak,aku tidak tahu mengapa manusia yang diberikan Allah akal fikiran sanggup melakukannya.semoga orang yang melakukan penderaan menerima balasan yang sama dirasakan oleh Syafiah.

0 comments: